Duhai Palestinians...
Aku terjaga kali ini. Aku mendengar malam ini. Aku nampak kamu sekalian malam ini. Aku dapat menyelami kegusaran hatimu itu. Jauh di sudut hati aku mahu berada disampingmu.Tapi apakan daya, aku hanya dapat menonton keperitanmu dari kaca televisyen sahaja. Tapi bukan paparan utama, hanya paparan sampingan sebelum berita sukan. Aku hanya dapat melihat penderitaanmu dari paparan laman-laman web seadanya. Aku hanya dapat menatap kesengsaraanmu dari hebahan surat-surat khabar sahaja. Itu pun di sisipan kedua setiap akhbar di Malaysia ini. Aku hanya dapat menyaksikan kematianmu satu persatu melalui statistik dunia.
Duhai Palestinians...
Maafkan aku. Memang kita seagama sesaudara. Tapi apakan dayaku. Hanya doa kupanjatkan.Ya Allah...Kau perkuatkan keazaman mereka untuk menentang Yahudi Laknatullah.Kau kurniakanlah kekuatan yang luar biasa untuk mereka menghadapi musuh-musuh agamaMu. (2009 Copyright mohaz_line@hotmail.com)Kau syahidkanlah mereka dek kerana mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.Kau berilah kemenangan di akhir episod duka ini. Amin.
0 ulasan:
Catat Ulasan